Saturday 26 November 2011

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

•Mengutamakan ibu ke atas bapa.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?” Baginda menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi SAW menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi SAW menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi SAW menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

•Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.

“Barangsiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. (Riwayat Bukhari).

•Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf daripada segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.

“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud).

•Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124).

•Hak wanita diiktiraf.

Umar al-Khattab RA berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

No comments:

Post a Comment